Minggu, 03 Maret 2013

✿ :::SUAMI IDAMAN WANITA::: ✿




















Suami idaman wanita adalah seorang laki-laki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh dengan penghayatan terhadap Islam
yang senatiasa haus dengan ilmu
Yang senantiasa dahaga dengan pahala..

Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Mereka adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dgn ilmu yg dimilikinya
Yang tidak bermegah dgn harta dunia yg dicarinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yg penyayang
Yang mempunyai banyak kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jalang..

Suami idaman wanita adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua org tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik istri dan anak-anak mendalami Islam.
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...

Suami idaman wanita senatiasa bersedia untuk menjadi imam.
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang bisa diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dgn Rahmat Allah keatasnya...

Suami idaman wanita adalah sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berpetik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian..

Suami idaman wanita adalah lelaki
Yang tidak mudah terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa isteri dan anak-anaknya bersama...

Dialah SUAMI IDAMAN WANITA hari ini dan selamanya.. ♥ ..

0 komentar:

Posting Komentar