Sabtu, 02 Maret 2013

~♥..PENGORBANAN SI IBU KUCING..♥~


Scarlett. Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi BeRbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico, ia pernah menjadi tajuk pmberitaan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.

Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu terjadi, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota pemadam kebakaran dapat melihat kucing itu dengan berlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah runtuh, hangus dijilat api.

Keadaan Scarlett yang hangus pekat sangat menyayat hati mata yang memandang. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang lepuh serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan semua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pingsan tidak sedarkan diri. (gambar 1 & 2)

pemadam kebakaran David Giannelli mengambil semua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sehat. (gambar 3) Namun, luka di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas dari itu, Scarlett dan anak-anak diambil kembali oleh tuannya untuk dijaga.

Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang arti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor hewan.

P/S : Duhai Scarlett, dirimu merupakan contoh Ibu yang terbaik. Anak-anak dan keturunanmu pasti berbangga dengan pengorbanan yang engkau lakukan. Manusia yang MEMBUANG dan MEMBUNUH anak mereka perlu malu kepada kamu! Kamu hanyalah seekor hewan namun hatimu lebih mulia dari manusia yang ramai berperangai seperti syaitan. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan tauladan kepada kita semua.

0 komentar:

Posting Komentar